MAIK sedia bantu lima beradik

Kisah hidup Nurul Farisha menjaga tiga adik beradiknya turut mendapat perhatian Tengku Mohamad Rizam.
Kisah hidup Nurul Farisha menjaga tiga adik beradiknya turut mendapat perhatian Tengku Mohamad Rizam.
A
A
A

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bersedia membantu keluarga adik Nurul Farisha Mohd Ridzuan,11, yang menjadi ketua keluarga setelah ibu bapanya dihukum penjara akibat dadah.

Yang Dipertuanya, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, MAIK akan berbincang dengan pihak berkaitan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mengenal pasti bantuan terbaik boleh diberikan kepada keluarga tersebut.

"MAIK sedia bantu tetapi mesti berpandukan agensi-agensi yang mengendalikan keluarga ini dan merujuk kepada pihak lebih arif," katanya dalam sidang akhbar Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan MAIK Tahun 2020 di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini pada Isnin.

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua MAIK, Zulkifle Ab Rahman serta Exco Pembangunan Islam, Dahwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan kisah Nurul Farisha di Pasir Mas yang mengorbankan zaman kanak-kanak demi menggalas tanggungjawab menjaga tiga adiknya iaitu Muhammad Faisal,6; Muhammad Fakhrul Rizal,3 dan Muhammad Faiz Farhan,1.

Nurul Farisha menggalas tanggungjawab besar dan menyedihkan kerana terpaksa memasak menggunakan dapur kayu susulan tiada dapur gas.

Empat beradik berkenaan tinggal bersama datuk dan neneknya iaitu Fauzi Ismail, 63, yang menghidap sakit asma kronik serta Wan Hasiah Wan Aziz, 56, di Kampung Binjai Pulau, Kibang Terap.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengorbanan budak 11 tahun jaga adik-beradik

JKM bantu lima beradik tanpa ibu bapa

JKM mohon perintah mahkamah hak penjagaan lima beradik

Artikel Berkaitan: