X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 28 Mei 2022

MetMalaysia keluar amaran ribut Dujuan berhampiran perairan Sabah

MetMalaysia
A
A

KUALA LUMPUR - Ribut tropika Dujuan dengan kelajuan angin maksimum 65 kilometer sejam berada kira-kira 1,271 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah, setakat jam 5 pagi Ahad.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, kedudukan ribut itu pada waktu yang sama ialah di latitud 8.6 utara dan longitud 129.3 timur kira-kira 425 km ke timur laut Davao, Filipina.

Menurut kenyataan itu, ribut tropika itu bergerak dengan kelajuan 15km/j ke arah barat laut dan boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!