MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika kuat

MetMalaysia mengeluarkan nasihat ribut tropika kuat yang dikesan berlaku kira-kira 1,327km barat laut Kudat, Sabah. - Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan nasihat ribut tropika kuat yang dikesan berlaku kira-kira 1,327km barat laut Kudat, Sabah. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat ribut tropika kuat (Talim), yang dikesan berlaku kira-kira 1,327 kilometer (km) barat laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan ribut tropika itu terjadi pada kedudukan latitud 18.8 utara dan longitud 116.1 timur, kira-kira 451km ke tenggara Hong Kong, China.

Berdasarkan pencerapan pada 8 pagi, jabatan itu memberitahu ribut tropika berkenaan bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 10km sejam (km/j) dan boleh mencapai maksimum 92km/j.

MetMalaysia menjelaskan keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan. - Bernama