Rusia hasilkan vaksin ketiga Covid-19

Sebelum ini, Rusia menghasilkan vaksin Sputnik V dan EpiVacCorona. - Foto Agensi
Sebelum ini, Rusia menghasilkan vaksin Sputnik V dan EpiVacCorona. - Foto Agensi
A
A
A

MOSCOW - Rusia pada Sabtu mengumumkan penghasilan vaksin baharu Covid-19 selepas ia menjadi negara pertama mendaftarkan vaksin Sputnik V pada Ogos lalu ketika ia masih dalam fasa ujian klinikal.

"Hari ini, kita sudah hasilkan vaksin ketiga, CoviVac yang sudah didaftarkan. Bekalan pertama terdiri daripada 120,000 dos akan mula diedarkan pada pertengahan bulan depan," kata Perdana Menteri, Mikhail Mishustin.

Difahamkan, CoviVac dihasilkan oleh Pusat Chumakov berpusat di Moscow dengan menggunakan kaedah berbeza virus yang tidak aktif.

Pada Oktober lalu, Presiden Vladimir Putin mengumumkan penghasilan vaksin kedua, EpiVacCorona yang akan menyaksikan produksi secara besar-besaran pada bulan ini. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Rusia mahu daftar vaksin EpiVacCorona Khamis ini

Ujian awal vaksin kedua Rusia berjaya

Artikel Berkaitan: