X

Kindly register in order to view this article
!

858 mangsa banjir dipindahkan ke 12 PPS di Sarawak

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memindahkan penduduk yang terjejas banjir di Kampung Sinar Budi di Batu Kawa pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A

KUCHING - Banjir yang kembali melanda Sarawak sejak Jumaat menyaksikan peningkatan seramai 858 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi Sabtu berbanding 755 petang Jumaat.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, setakat jam 8 pagi ini juga sebanyak 12 PPS telah dibuka berbanding hanya sembilan pada Jumaat.

Daripada jumlah itu, tujuh PPS dibuka di daerah Samarahan, tiga di Kuching dan dua di Lundu.

Kira-kira sebulan selepas gelombang pertama banjir di Sarawak, beberapa tempat di bandar raya ini sekali lagi dilanda musibah banjir semalam berikutan hujan berterusan.

Pada Jumaat, lalu lintas terhenti menyebabkan berpuluh kenderaan terkandas selepas beberapa jalan utama ditenggelami air berikutan kenaikan air seawal subuh, memutuskan jalan darat utama ke daerah kejiranan seperti Kota Samarahan dan Serian. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!