X

Kindly register in order to view this article
!

Sindiket bitcoin di Kuala Lumpur tumpas

Saiful Azly menunjukkan antara kejayaan pihaknya bersama TNB menumpaskan sindiket pelombongan wang kripto bitcoin di Kuala Lumpur, pada Rabu.
A
A

KUALA LUMPUR - Sindiket melombong mata wang kripto bitcoin yang beroperasi di tingkat atas enam premis dan bilik kedap bunyi di Bandar Sri Permaisuri Cheras, di sini diserbu pihak berkuasa pada Rabu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, premis berkenaan diserbu sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur bersama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurutnya, serbuan berasingan itu telah berjaya menahan empat lelaki berusia lingkungan 31 hingga 45 tahun.

"Semakan mendapati dua suspek merupakan warga Myanmar dan India manakala dua lagi warga tempatan termasuk pengusaha perlombongan bitcoin," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Beliau berkata pelbagai rampasan dibuat antaranya 264 mesin bitcoin, kabel elektrik (4), alat penjana (18) dan satu alat pengukur elektrik yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM800,000.

Saiful Azly (tengah) menunjukkan antara kejayaan pihaknya bersama TNB menumpaskan sindiket pelombongan wang kripto bitcoin di Kuala Lumpur, pada Rabu.
Saiful Azly (tengah) menunjukkan antara kejayaan pihaknya bersama TNB menumpaskan sindiket pelombongan wang kripto bitcoin di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Saiful Azly memberitahu, siasatan mendapati kegiatan ini beroperasi sejak dua tahun lalu hingga mengakibatkan kerugian dialami TNB berjumlah RM3 juta.

Katanya, dengan tangkapan itu, pihaknya berjaya menumpaskan sindiket mencuri elektrik bagi kegiatan bitcoin di ibu negara.

"Kes disiasat di bawah Seksyen379/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya.

Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kegiatan terbabit diminta menghubungi Bilik Gerakan Khas 24 jam JSJ Kuala Lumpur di talian 03-21460670, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai berhampiran.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!