X

Kindly register in order to view this article
!

Kilang proses ayam sejuk beku didenda RM35,000

Syarikat terbabit didapati melepaskan efluen perindustrian melebihi had piawaian ditetapkan. Foto: Ihsan JAS
A
A

KLANG - Sebuah kilang memproses ayam sejuk beku di Tanjung Karang didenda sebanyak RM35,000 selepas didapati gagal mematuhi had piawai yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, denda itu dijatuhi Hakim Razali Ariffin di Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini, pada Jumaat.

"Wakil syarikat selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Nor Aziah memberitahu, syarikat berkenaan didapati melepaskan efluen perindustrian melebihi had piawai bagi satu parameter di bawah Peraturan 11(1)(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 iaitu kandungan pepejal terampai mempunyai kepekatan sebanyak 190 migram seliter (mg/l) melebihi had kepekatan yang dibenarkan iaitu 100 mg/l pada 27 Februari 2019.

"Berdasarkan fakta kes dan eksibit-eksibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Hakim Razali telah menjatuhi hukuman dengan denda sebanyak RM35,000," katanya.

Pegawai pendakwa JAS Selangor, Nor Faizura Mohd Ali dan Mohd Ridzuan Zainal memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal berdasarkan pertimbangan ke atas kepentingan awam.

OKS yang diwakili, Datuk Jasbeer Singh Kaura dan Nur Afifah Mat Swadi daripada Jasbeer, Nur and Lee Advocate and Solicitors memohon hukuman ringan berbentuk denda sahaja dikenakan ke atas OKS.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!