Permaisuri Selangor berkenan serah sumbangan kepada asnaf

Tengku Permaisuri Norashikin (kiri) berkenan menyerahkan sumbangan dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan. Foto: Ihsan FB Selangor Royal Office.
Tengku Permaisuri Norashikin (kiri) berkenan menyerahkan sumbangan dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan. Foto: Ihsan FB Selangor Royal Office.
A
A
A

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada golongan asnaf dan orang kurang berkemampuan di sekitar negeri ini.

Menerusi kemas kini di laman Selangor Royal Office pada Rabu, penyampaian sumbangan itu diserahkan kepada Setiausaha Kelab Sukan Rekreasi Pengembara Angkasapuri RTM, Salawati Abd Rashid.

Katanya, sumbangan itu akan diagihkan kepada pihak memerlukan menerusi program jelajah bantuan kebajikan kelab berkenaan.

"Sumbangan berkenaan adalah meliputi barangan keperluan harian kepada asnaf dan orang kurang berkemampuan," katanya.

Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan mengikuti majlis ringkas penyerahan sumbangan itu yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan.

Artikel Berkaitan: