Mendarat cemas kerana tiada air panas

Pesawat tersebut terpaksa dilencongkan ke Manchester.
A
A

GLASGOW - SCOTLAND. Gara-gara tiada air panas untuk membancuh teh dan kopi, sebuah pesawat terpaksa dilencongkan selepas kru kabin mengesan masalah tersebut.

Pesawat Jet2 dari Glasgow, Scotland ke Tenerife dilaporkan mendarat cemas di Manchester ketika berada di ruang udara Cork, Ireland.

Jurucakap syarikat penerbangan itu turut mengesahkan kejadian tersebut.

"Terdapat masalah teknikal. Tiada air untuk bancuh teh dan kopi," jelasnya.

Susulan itu, penumpang telah dipindahkan ke pesawat lain untuk meneruskan perjalanan mereka ke Tenerife.

Seorang penumpang yang berang dengan insiden itu menghantar tweet: Pesawat '@jet2tweets dari Glasgow ke Tenerife terpaksa patah balik dan mendarat cemas di Manchester kerana tiada bekalan air untuk minuman panas! - The Sun