Kadar jangkitan Covid-19 terus menurun: Dr Noor Hisham

Noor Hisham
Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA- Nilai kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 di seluruh negara terus merekod penurunan dan terkini berada pada paras 0.89.

Perkara itu dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter pada Isnin.

"Kita sasarkan Rt kurang daripada satu kepada 0.5 untuk memutuskan dan membendung penularan kes dalam negara," katanya pada Isnin.

Pada 25 Januari lalu, Dr Noor Hisham berkata, kes positif Covid-19 dijangka akan kembali kepada dua angka pada 11 Mei mengikut unjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) sejak 13 Januari lalu.

Setakat Ahad, hanya Melaka merekodkan nilai Rt tinggi iaitu 1.07 diikuti Pulau Pinang pada 1.06 dan Kedah (1.04) serta Johor (1.01).

Negeri-negeri lain yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Sarawak (0.96), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak (0.95), Kelantan (0.92), Selangor (0.89), Pahang (0.86), Terengganu (0.82), Sabah (0.80), Perlis (0.77), Putrajaya (0.73) manakala Labuan (0.65).

Artikel Berkaitan: