8 empangan utama di 5 negeri berada pada paras amaran

Lapan empangan utama di Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak berada pada paras amaran.
Lapan empangan utama di Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak berada pada paras amaran.
A
A
A

SHAH ALAM - Lapan daripada 43 empangan utama di lima negeri membabitkan Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak berada pada paras amaran.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan pada Khamis turut memaklumkan, empat paras muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) merekodkan bacaan pada tahap berjaga-jaga.

“Empangan Timah Tasoh yang mencatatkan paras semasa 26.84 meter (m) melebihi paras minima 26.00 (m), Empangan Pedu dan Empangan Muda masing-masing dengan 89.60 (m) serta 91.67 (m).

“Empangan Malut pula mencatatkan paras semasa 68.08 (m) melebihi paras minima 66.0 (m) manakala Empangan Air Hitam 228.07 (m) dengan paras minima 223.55 (m).

“Bacaan paras semasa di Empangan Teluk Bahang menunjukkan 35.18 (m) iaitu melebihi paras minima 30.30 (m) dan Empangan Bukit Merah pula mencatatkan 6.99 (m) dengan paras minima 5.48 (m),” kata kenyataan itu di Twitter.

Menurut kenyataan itu, di Johor membabitkan Empangan Sembrong Barat turut melebihi paras minima 7.36 (m) iaitu 9.36 (m).

Tambah kenyataan itu, pengguna disaran berhubung dengan operator air di negeri masing-masing sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas.

SPAN turut menyediakan saluran komunikasi dan perkongsian maklumat melalui talian hotline di 019 - 779 5000 (telefon atau WhatsApp) atau e-mel: warroom@span.gov.my serta laman sesawang iaitu https://warroom.span.gov.my.