X

Kindly register in order to view this article
!

Remaja dakwa dirogol bapa saudara

Gambar hiasan
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat kejadian rogol seorang remaja yang juga merupakan anak saudaranya di kawasan Sea Park di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa telah dirogol oleh suspek.

Menurutnya, mangsa mendakwa telah dirogol sejak Mac hingga Disember 2020 di rumah keluarga mereka di kawasan Sea Park, Petaling Jaya.

"Mangsa mendakwa dirinya dirogol ketika ibu mangsa tiada di rumah dan adik beradiknya yang lain telah tidur," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, mangsa kini telah diberikan perlindungan di Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

"Tindakan pantas Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya telah berjaya memberkas suspek berusia 41 tahun itu di sebuah rumah di kawasan Sea Park.

"Hasil semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau," katanya.

Menurutnya, suspek direman tujuh hari bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana Kelakuan Sumbang Mahram.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!