X

Kindly register in order to view this article
!

'Bebanan kerja tinggi, gaji terjejas'

Kenyataan KSM berkaitan penularan video berhubung tindakan beberapa orang pekerja syarikat J&T Express (Malaysia) Sdn Bhd yang telah menguruskan pemunggahan bungkusan (parcel) secara kasar sebagai protes terhadap pihak majikan.
A
A

SHAH ALAM - Majikan digesa supaya sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak pekerja sebelum membuat sebarang perubahan melibatkan kepentingan pekerja.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam satu kenyataan pada Jumaat menegaskan, perkara tersebut susulan penularan video di media sosial pada 4 Februari lalu berhubung tindakan beberapa orang pekerja syarikat J&T Express (Malaysia) Sdn Bhd yang telah menguruskan pemunggahan bungkusan (parcel) secara kasar sebagai protes terhadap pihak majikan.

Menurut KSM, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap beberapa buah premis perniagaan syarikat yang terletak di Perak, Melaka, Johor dan Selangor dan mendapati kejadian berlaku di di Perak.

"Siasatan dapati insiden berpunca daripada bebanan kerja yang dialami oleh pekerja-pekerja di bahagian gudang berikutan peningkatan mendadak bungkusan.

"Selain itu, terdapat dalam kalangan pekerja-pekerja terutamanya di bahagian penghantaran (despatch) tidak berpuas hati dengan pemberian bonus berdasarkan prestasi dan perubahan struktur bayaran komisen secara unilateral yang akan menyebabkan pendapatan pekerja yang terlibat berkurang," katanya.

Menurut KSM lagi, pihak majikan (J&T) memaklumkan bahawa isu berhubung kejadian pekerja memunggah bungkusan secara kasar telah selesai dan ia berlaku disebabkan salah faham.

Katanya, J&T juga telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada para pelanggan serta menjelaskan tentang sistem pemberian bonus kepada kakitangan yang menjadi punca ketidakpuasan hati kakitangan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN J&T Express mohon maaf

"Justeru, amat penting untuk majikan berbincang dengan para pekerja sebelum membuat sebarang keputusan yang berkaitan kepentingan mereka.

"Ini bagi memastikan keharmonian perusahaan yang dinikmati pada hari ini serta kebajikan pekerja akan terus berkekalan dan terpelihara," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!