'Parti kostum' warnai protes antirampasan kuasa

Beberapa penunjuk perasaan wanita memakai gaun seperti 'puteri' ketika menyertai demonstrasi di Yangon. - Foto: AFP
Beberapa penunjuk perasaan wanita memakai gaun seperti 'puteri' ketika menyertai demonstrasi di Yangon. - Foto: AFP
A
A
A

YANGON - Gelagat penunjuk perasaan anti-rampasan kuasa di Myanmar yang masuk hari kelima berturut-turut pada Rabu mula mencuri perhatian.

Protes tersebut turut disertai 'abam sado' yang berarak sambil mempamerkan otot masing-masing dan membawa poster tertera 'bebaskan Aung San Suu Kyi'.

Pelatih peribadi, Phyo Ko Ko berkata, dia mahu 'menambah sedikit otot' pada demonstrasi prodemokrasi tersebut.

"Saya tidak mahu pemerintahan diktator tentera," ujarnya di Facebook.

'Abam sado' yang berarak ketika menuntut pembebasan Aung San Suu Kyi. - Foto: AFP
'Abam sado' yang berarak ketika menuntut pembebasan Aung San Suu Kyi. - Foto: AFP

Selain itu, terdapat juga kumpulan penunjuk perasaan wanita yang berpakaian seperti 'puteri' dan 'ratu cantik' lengkap memakai tiara dan selapang yang membawa aura 'glamour' kepada mereka.

Ada juga peserta protes yang mengenakan kostum adiwira ketika menyertai demonstrasi tersebut.

Pada Selasa, pasangan lengkap berpakaian pengantin lelaki dan wanita turut membanjiri jalan utama sambil memegang plakad tertera 'perkahwinan kami boleh ditangguhkan, namun bukan gerakan antirampasan kuasa ini'.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian peserta protes memakai pakaian tae kwan do ketika menyertai protes di Yangon. - Foto: AFP
Sebahagian peserta protes memakai pakaian tae kwan do ketika menyertai protes di Yangon. - Foto: AFP

Difahamkan, kebanyakan penunjuk perasaan menggunakan taktik pemakaian kostum sebagai sebahagian daripada strategi kreatif yang bertentangan dengan tindakan kekerasan digunakan pihak berkuasa sejak beberapa hari lalu termasuk menembak meriam air, melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah mereka. - AFP