Peluru tinggalan Perang Dunia Pertama dalam dubur lelaki

TOULOUSE - Sebuah hospital terpaksa melakukan pemindahan segera selepas seorang pesakit lelaki tiba di wad kecemasan dengan peluru artileri tinggalan Perang Dunia Pertama berada dalam saluran dubur.
Kejadian itu berlaku selepas individu berusia 24 tahun itu dikejarkan ke Unit Kemalangan dan Kecemasan di Toulouse, Perancis pada akhir minggu lalu.
"Dia berada dalam keadaan tidak selesa selepas memasukkan objek besar tersebut ke dalam rektum," menurut laporan rangkaian media tempatan.
Doktor yang melakukan pembedahan kecemasan kemudiannya menemui punca kesakitan melampau dialaminya iaitu bom hidup dipercayai berasal dari tahun 1918 berukuran kira-kira 20 sentimeter.
Penemuan menggemparkan itu memaksa unit pemusnah bom dikerahkan ke kemudahan perubatan tersebut.
Siasatan awal mendapati insiden itu mungkin berlaku kerana aksi melampau ketika menghadiri parti.
Pesakit tersebut akan disiasat pihak berkuasa selepas pendakwa raya mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atasnya kerana 'bermain' dengan peluru kategori A yang biasanya digunakan tentera Jerman ketika menentang pasukan British dan Perancis di seluruh Barisan Barat antara 1914 dan 1918. - Agensi
Ringkasan AI
- Hospital di Toulouse terpaksa lakukan pemindahan segera kerana pesakit bawa peluru artileri Perang Dunia Pertama dalam dubur Pesakit lelaki 24 tahun datang ke wad kecemasan kerana kesakitan akibat objek besar dalam rektum Doktor temui bom hidup dari tahun 1918, berukuran 20 sentimeter dalam pembedahan kecemasan Unit pemusnah bom dipanggil ke hospital setelah penemuan itu Pesakit disiasat kerana kemungkinan bermain dengan munisi tentera Jerman dari Perang Dunia Pertama semasa parti
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

