68 individu ditahan terlibat judi dalam talian

Antara individu yang disyaki terlibat dengan judi dalam talian ditahan dalam 12 serbuan di sekitar Dang Wangi
Antara individu yang disyaki terlibat dengan judi dalam talian ditahan dalam 12 serbuan di sekitar Dang Wangi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan 68 individu kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian dalam talian di kondominium sekitar daerah Dang Wangi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 13 hingga 7 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, individu yang ditahan melibatkan 16 warga tempatan iaitu 15 lelaki dan seorang wanita serta 52 warga China ( 42 lelaki dan 10 wanita).

Menurutnya, kesemua yang ditahan dalam 12 serbuan itu berusia dalam lingkungan 18 tahun hingga 45 tahun.

"Dalam serbuan itu, polis merampas 39 komputer, 238 telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai berjumlah RM81,539.

"Premis tersebut dijadikan pusat operasi perjudian yang disewa dengan kadar bayaran bulanan sebanyak RM2,000 hingga RM6,000 selama tempoh satu hingga tiga bulan.

Wang tunai dan telefon bimbit turut dirampas untuk siasatan lanjut.
Wang tunai dan telefon bimbit turut dirampas untuk siasatan lanjut.

"Kegiatan ini beroperasi setiap hari bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam mengikut syif," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak 12 kertas siasatan telah dibuka di mana lima kes telah dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan, manakala tujuh lagi kes masih dalam siasatan," katanya.

Katanya, pihaknya memohon kerjasama daripada masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat berkenaan kegiatan judi dalam talian di sekitar daerah Dang Wangi.

"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2600 2222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran," katanya.