Timbalan menteri enggan ulas cadangan peperiksaan SPM secara digital

Muslimin Yahaya - Foto Bernama
Muslimin Yahaya - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM – Timbalan Menteri Pendidikan 1, Muslimin Yahaya enggan mengulas mengenai cadangan peperiksaan dalam bentuk digital di peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Menurutnya, belum ada tindakan atau maklum balas daripada pihak kementerian berkenaan perkara terbabit.

“Setakat ini belum ada apa-apa tindakan (atau) respon daripada KPPM (Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia), jadi saya rasa, saya tak boleh nak ulas lagi,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mengesahkan telah memulakan langkah untuk melakukan transformasi terhadap sistem dan pensijilan SPM yang kini berusia kira-kira 57 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Peperiksaan SPM secara digital perlu kajian mendalam

Pengarah Peperiksaan LPM, Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, perbincangan di peringkat lembaga dan kementerian sedang dilakukan dalam usaha memastikan sistem peperiksaan SPM sesuai dengan perkembangan zaman khususnya teknologi maklumat yang begitu pantas.

Bekas Timbalan Pengarah LPM, Dr Khodori Ahmad turut mencadangkan peperiksaan dalam bentuk digital disediakan kepada pelajar mengambil contoh kesan pandemik Covid-19 yang menyebabkan peperiksaan tertangguh.

Artikel Berkaitan: