Kilang sarung tangan diserbu seleweng gas subsidi

Antara gas yang disita di sebuah kilang sarung tangan di Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor kerana disyaki menyeleweng gas petroleum cecair bersubsidi.
Antara gas yang disita di sebuah kilang sarung tangan di Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor kerana disyaki menyeleweng gas petroleum cecair bersubsidi.
A
A
A

KUALA SELANGOR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Selangor membongkar kegiatan penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di sebuah kilang memproses sarung tangan getah di Kampung Assam Jawa, di sini.

Serbuan Ops Gasak kira-kira jam 3.30 petang pada Sabtu itu itu bertindak menyita 325 silinder tong gas LPG bernilai RM45,000 selain merampas sebuah lori serta resit penghantaran.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, soal siasat terhadap seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun yang juga pemilik syarikat mendakwa kilang itu beroperasi sejak sembilan bulan lalu dan mula menggunakan gas LPG sejak enam bulan lalu.

"Lelaki itu mendakwa ia berikutan faktor harga yang lebih murah berbanding gas LPG industri," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, siasatan mendapati kilang itu mendapatkan bekalan gas LPG bersubsidi daripada satu syarikat pembekal berlesen di Cheras, Kuala Lumpur.

"Kerajaan telah kehilangan nilai subsidi hampir RM200,000 kesan daripada aktiviti penyelewengan kilang berkenaan," katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961

Beliau menegaskan siasatan terus dijalankan bagi menyabitkan kesalahan terhadap pemilik kilang berkenaan serta serius mengesan pembekal yang terlibat di sebalik aktiviti yang mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian jutaan ringgit.

Artikel Berkaitan: