Bayi masih bertali pusat ditinggal depan tokong

Seorang penduduk menunjukkan lokasi bayi perempuan tersebut ditemui. Seorang penduduk menunjukkan lokasi bayi perempuan tersebut ditemui. - Foto ihsan Polis Kota Setar
Seorang penduduk menunjukkan lokasi bayi perempuan tersebut ditemui. Seorang penduduk menunjukkan lokasi bayi perempuan tersebut ditemui. - Foto ihsan Polis Kota Setar
A
A
A
ALOR SETAR - Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dijumpai ditinggalkan di hadapan sebuah tokong Cina di tepi sawah Kampung Hilir, Kubang Rotan, dekat sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, bayi tersebut dijumpai seorang penduduk kira-kira jam 5.20 petang.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan telefon daripada pengadu tentang penemuan seorang bayi perempuan.

"Pihak polis telah merakamkan percakapan pengadu termasuk saksi kejadian.

"Bayi tersebut telah dihantar untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Artikel Berkaitan: