623 dikompaun ingkar SOP PKP

Sebanyak 623 kompaun dikeluarkan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam.
Sebanyak 623 kompaun dikeluarkan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 643 individu ditahan selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 623 dikompaun, manakala 20 lagi individu direman dan satu dijamin.

Menurutnya, antara kesalahan tertinggi dikesan ialah tidak memakai pelitup muka dengan 144 kes.

"Kesalahan lain termasuk rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (112), gagal mematuhi penjarakan fizikal (133), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (34), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan dengan (112), keluar rumah tanpa alasan munsabah (42) dan lain-lain (66)," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, sebanyak 19 premis turut dikompaun kerana tidak mematuhi SOP PKP.

Ismail Sabri berkata, tindakan itu dibuat menerusi pemeriksaan khas pematuhan SOP oleh anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di 1,330 premis perniagaan.

"Daripada jumlah itu, 1,293 premis mematuhi SOP, 12 diberi nasihat, enam diberi amaran manakala 19 lagi premis dikompaun," katanya.

Menurutnya, kawalan sempadan menerusi Operasi Benteng pada Jumaat pula menyaksikan 14 pendatang tanpa izin ditahan manakala lima kenderaan darat dirampas.

Artikel Berkaitan:

"Seramai 8,717 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu 299 orang disahkan positif Covid-19 pada Jumaat," katanya.

Beliau berkata secara kumulatif, sejak 1 Disember lalu seramai 305,620 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan yang melibatkan 13,202 majikan dan daripada jumlah itu 6,028 orang telah disahkan positif.

Menteri itu berkata, sejak 24 Julai tahun lepas, seramai 117,449 individu telah pulang ke tanah air dan mereka ditempatkan di 73 hotel serta 14 Institut Latihan Awam (ILA) dan Institut Pengajian Swasta di seluruh negara

"Secara kumulatif seramai 7,599 individu dikuarantin, 109,361 orang dibenarkan pulang manakala 489 lagi dibawa ke hospital," katanya.