Tiga maut kemalangan di Tuaran

Keadaan kereta Perodua Kancil yang terhimpit dengan trak ATM dalam kemalangan di Jalan Marabahai, Tuaran-Kota Belud, Tuaran pada Sabtu.
Keadaan kereta Perodua Kancil yang terhimpit dengan trak ATM dalam kemalangan di Jalan Marabahai, Tuaran-Kota Belud, Tuaran pada Sabtu.
A
A
A

TUARAN - Tiga maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jalan Marabahai, Tuaran-Kota Belud pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, dua mangsa Denylee Sapiun, 27 dan Ilyasa Samsudin, 37, menaiki motosikal jenis Yamaha Ego S dan seorang lagi pemandu Perodua Kancil Shamsully Adly, 45, disahkan meninggal dunia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, kemalangan membabitkan sebuah motosikal, Perodua Kancil dan trak ATM.

"Pemandu Perodua Kancil tersepit dalam keadaan terhimpit dengan trak ATM. Semua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Tuaran.

"Sementara itu pemandu dan tujuh penumpang dalam trak askar tidak mengalami kecederaan serius," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Abdul Qawie berkata, pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit pada jam 8.40 pagi dan kesemua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi ditamatkan pada jam 9.29 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan: