Majlis Daerah Hulu Selangor terima pensijilan 5S

Mohd Azhar menunjukkan sijil pengiktirafan yang diterima MDHS daripada MPC.
Mohd Azhar menunjukkan sijil pengiktirafan yang diterima MDHS daripada MPC.
A
A
A

HULU SELANGOR - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menerima Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan penganugerahan tiga bintang.

Yang Dipertuanya, Dr Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, MDHS terus komited dalam melaksanakan amalan 5S dengan mewujudkan persekitaran kerja kondusif, selamat, ceria dan kemas bagi melahirkan budaya kerja berkualiti walaupun dengan kekangan Covid-19.

Katanya, pelaksanaan amalan 5S di MDHS bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos serta memudahkan proses kerja, malah ia turut memberi nilai tambah buat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu secara keseluruhan.

“Amalan 5S ini akan diteruskan dan penambahbaikan sentiasa dilakukan bagi memastikan kejayaan ini dapat diteruskan pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd Azhar berkata, pihaknya turut mengucapkan tahniah kepada warga kerja MDHS yang memberi kerjasama penuh sehingga PBT itu menerima penganugerahan berkenaan.

Sebelum ini, MDHS turut dianugerahkan Pensijilan MS ISO 9001:2015 bagi Sistem Pengurusan Kualiti tanpa sebarang ketaakuran (NCR) oleh Sirim Qas International Sdn Bhd.

Artikel Berkaitan: