Malaysia masih belum gagal tangani Covid-19

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia masih belum gagal dalam menguruskan pandemik Covid-19, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memperjelaskan mengenai dakwaan sesetengah pihak berhubung perkara tersebut.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkata, walaupun ada yang beranggapan negara telah gagal susulan peningkatan kes sehingga empat angka setiap hari, namun hakikatnya adalah sebaliknya.

"Kita pernah berjaya sekali tetapi kita masih belum gagal, melalui hasil kajian yang dilakukan oleh Lowy Institute iaitu sebuah badan pemikir berpusat di Sydney, Australia terhadap Malaysia berkenaan kecekapan menguruskan Covid-19, Malaysia berada di kedudukan ke-16 daripada 98 negara," katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini pada Khamis..

Beliau berkata kedudukan tersebut mengatasi beberapa negara terkemuka di Asia antaranya Jepun dan Korea Selatan dengan skor diberikan ialah 71 peratus.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menafikan bahawa kerajaan tidak mempunyai pelan strategik bagi menangani Covid-19 seperti dakwaan pihak tertentu.

"Malah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menggariskan 15 pelan strategik yang diumumkan oleh beliau sendiri pada Selasa lalu.

"Ia termasuk lima strategi di bawah Pelan Strategik melalui KKM iaitu termasuk memutuskan rangkaian transmisi, mengurangkan morbiditi dan kematian, memperkukuhkan diagnostik dan survelan, mencapai imuniti kelompok, meningkatkan tingkatkan kesedaran dan pembudayaan normal baharu," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, pemain industri kreatif perlu menyediakan cadangan prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan penggambaran iklan, drama dan filem dibenarkan semula.

Artikel Berkaitan:

"Kita faham, petugas belakang tabir 'freelance' amat terkesan. Ada dicadangkan agar sektor ini dibenarkan beroperasi, kita boleh pertimbangkan jika SOP itu dipersetujui KKM dan kita akan putuskan semula," katanya. - Bernama