X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 4,571 kes hari ini, 17 kematian

Dr Noor Hisham - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 di dalam negara pada Khamis meningkat kepada 4,571 kes daripada 4,284 kes pada Rabu, manakala kes kematian menurun kepada 17 berbanding 18 sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 826 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, tiga merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 4,568 kes.

"Kes penularan dalam negara membabitkan 3,176 rakyat tempatan dan 1,392 warga asing dengan jumlah kes aktif sebanyak 48,771 kes," katanya.

Beliau berkata, Selangor kekal melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,056 kes.

"Daripada jumlah ini, sebanyak 1,358 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan," katanya.

Kedudukan itu diikuti oleh Johor (664) Kuala Lumpur (481), Sarawak (270), Melaka (238), Sabah (175), Perak (163), Pulau Pinang (157), Negeri sembilan (100), Pahang (78), Terengganu (69), Kedah (51), Kelantan (48), Putrajaya (10) dan Labuan (satu) kes.

"Sebanyak 308 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 135 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, kes sembuh yang dilaporkan pula adalah 4,092 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 181,886 kes.

Katanya, sebanyak 10 kluster baharu dikenal pasti melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja dan empat kluster komuniti.

"Sehingga kini, sebanyak 861 kluster dilaporkan dan 440 telah diisytiharkan tamat.

"Jumlah kluster aktif adalah 421," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!