X

Kindly register in order to view this article
!

Industri vape di Malaysia bernilai RM2.27 bilion

Gambar kecil: Syed Azaudin Syed Ahmad
A
A

KUALA LUMPUR - Industri vape di Malaysia bernilai RM2.27 bilion dan terlalu besar untuk dibiarkan tanpa sebarang kawal selia, kata Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM).

Dalam satu kenyataan sempena pelancaran laporannya bertajuk Kajian Industri Vape Malaysia, DPVM menyeru kerajaan untuk serta-merta memperkenalkan peraturan yang sewajarnya untuk mencipta kesan pengganda positif ke atas ekonomi Malaysia.

DPVM turut melantik Green Zebras, sebuah agensi penyelidikan pasaran, untuk mengendalikan kajian pertama ke atas industri vape di negara ini.

Terdapat lebih daripada 3,300 perniagaan yang terlibat secara langsung dalam industri vape, dengan tenaga kerja seramai lebih daripada15,000 orang.

Dianggarkan bahawa pekerja dalam industri vape dibayar gaji mencecah RM450 juta secara keseluruhannya pada 2019 sahaja.

Presiden DPVM, Syed Azaudin Syed Ahmad berkata, data jelas menunjukkan bahawa sektor ini suatu industri yang berdaya maju dan semakin berkembang di Malaysia dan boleh memberikan sumbangan besar kepada ekonomi tempatan.

Beliau berkata, Industri ini telah menggalakkan perkembangan usahawan tempatan di mana ramai terdiri daripada peniaga tempatan dan Bumiputera.

“Di samping itu, industri vape Malaysia buat masa ini mempunyai ekosistem mapan yang terdiri daripada pengeluar, pengimport dan peruncit, dan rangkaian pengedar dan logistik tempatan,” tambah beliau.

Antara penemuan utama yang lain daripada kajian tersebut termasuk:

• Tenaga kerja industri ini sebahagian besarnyadaripada golongan dewasa muda yang berusia di bawah 30 tahun, dan kebanyakannya berbangsa Melayu;

• Terdapat 1.12 juta pengguna vape di Malaysia berasaskan data dari Kementerian KesihatanMalaysia

• Profil etnik pengguna vape mencerminkan taburan kaum negara ini – Melayu (70 peratus), Cina (25 peratus) India dan lain-lain (5 peratus);

• 94 peratus daripada pengguna vape pernah merokok dan sebab utama mereka memilih vape adalah sebagai kaedah berhenti merokok (57 peratus) dan kerana vape kurang mudarat berbanding merokok (56 peratus);

• Public Health England, sebuah agensi kesihatan kerajaan di UK telah menerbitkan bukti daripada pakar-pakar yang mendapati vape adalah 95 peratus kurang mudarat berbanding merokok. Penemuan tersebut disokong oleh banyak pakar kesihatan awam dan mereka yang menyokong usaha menghentikan tabiatmerokok termasuk Kementerian Kesihatan Kanada dan New Zealand.

Di Malaysia, kata Syed Azaudin, kerajaan telah mengumumkan cukai eksais ke atas peranti vape dan e-cecair yang telah dilaksanakan sejak 1 Januari 2021.

Bagaimanapun, katanya, DPVM percaya bahawa sistem percukaian ini perlu diperluas untuk merangkumi e-cecair mengandunginikotin yang meliputi 97 peratus daripada pasaran Malaysia untuk memberikan sumbangan yang berkesan kepada hasil kerajaan.

Infografik Industri Vape Malaysia
Infografik Industri Vape Malaysia

“Industri vape Malaysia mempunyai potensi besar yang boleh dimanfaatkan dengan peratuan praktikal dan komprehensif yang perlu merangkumi e-cecair bernikotin.

“ Langkah ini akan merangsang pertumbuhan PKS yang seterusnya membuka peluang pekerjaan dan menjana hasil cukai bagi Kerajaan,” tambah Syed Azaudin.

Menurut Syed Azaudin, walaupun sektor lain menghadapi cabaran untuk menarik pelaburan, Malaysia berada pada kedudukan yang kukuh untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam sektor ini.

“DPVM percaya sektor vape sudah bersedia dan mampu menarik FDI berkualiti berlandaskan ekosistem mapan yang boleh menarik pelaburan global dan syarikat multinasional.

Saiz pasaran e-rokok dan vape global dijangka mencecah USD67.31 bilion (RM272.54 bilion) menjelang 2027, dengan kadar pertumbuhan terkompaun tahunan bagi hasil sebanyak 23.8 peratus dari2020 hingga 2027, menurut satu kajian terbaharu yangdikendalikan oleh Grand View Research, Inc.

“DPVM telah melaksanakan kajian ini untuk memberikan asas kukuh berasaskan data kepada Kerajaan untuk serta-merta memperkenalkan peraturan ke atas industri vape,” rumus Syed Azaudin.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!