Majlis Keselamatan PBB akan bincang situasi di Myanmar

Tentera Myanmar mengisytiharkan darurat beberapa jam selepas menahan Kaunselor Negara, Aung San Suu Kyi dan pegawai kanan Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) yang lain.
Tentera Myanmar mengisytiharkan darurat beberapa jam selepas menahan Kaunselor Negara, Aung San Suu Kyi dan pegawai kanan Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) yang lain.
A
A
A

ANKARA - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka bersidang pada Selasa untuk membincangkan situasi di Myanmar berikutan rampasan kuasa tentera di negara itu, lapor Agensi Andolu.

Pada Ahad, tentera Myanmar mengisytiharkan darurat beberapa jam selepas menahan Kaunselor Negara, Aung San Suu Kyi dan pegawai kanan Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) yang lain.

Rampasan kuasa itu berlaku beberapa jam sebelum sesi pertama sidang parlimen negara itu diadakan selepas pilihan raya November lalu yang menyaksikan NLD memperoleh kemenangan besar.

Tentera mendakwa kudeta itu dilakukan kerana berlaku "penipuan pilihan raya" yang membolehkan NLD mendominasi parlimen.

Jurucakap PBB Stephane Dujarric pada Isnin berkata, rampasan kuasa itu "tamparan hebat terhadap reformasi demokrasi."

"Terdapat kira-kira 600,000 orang Rohingya yang masih tinggal di Rakhine, termasuk 120,000 dikurung di kem.

"Mereka tidak bebas bergerak dan akses perkhidmatan kesihatan dan pendidikan asas yang sangat terhad.

"Ketakutan kami ialah kejadian itu boleh menjadikan keadaan lebih buruk," kata Dujarric. - Bernama

Artikel Berkaitan: