X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Israel hantar 5,000 dos vaksin kepada Palestin

Seorang wanita Palestin diberikan suntikan dos vaksin Covid-19 dihasilkan Pfizer-BioNTech di Perkhidmatan Kesihatan Clalit di Baitulmaqdis. - Foto AFP
A
A

TEL AVIV - Kementerian Pertahanan Israel pada Ahad memaklumkan ia akan menghantar 5,000 dos vaksin kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) setelah berdepan desakan negara antarabangsa supaya memastikan Palestin mendapat hak vaksinasi.

"Saya mengesahkan bekalan vaksin itu akan dihantar kepada pasukan perubatan PA," kata jurucakap Menteri Pertahanan, Benny Gantz.

Rejim Tel Aviv dilaporkan telah melancarkan kempen vaksinasi Covid-19 secara besar-besaran ke atas penduduk Israel dan lebih tiga daripada sembilan juta telah menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech.

Program itu bagaimanapun mengecualikan penduduk Palestin hingga mencetuskan kecaman masyarakat dunia.

PA yang berpusat di bandar Ramallah, Tebing Barat tidak pernah memohon bantuan rejim Israel secara terbuka untuk mendapatkan vaksin tersebut.

Baru-baru ini, PA mengumumkan perjanjian pemerolehan dengan empat pengeluar vaksin Covid-19 termasuk Sputnik V yang dihasilkan Rusia.

Sebelum ini, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan pemerintah Jordan, Raja Abdullah II menggesa rejim Tel Aviv untuk memastikan kira-kira 2.8 juta penduduk Palestin di Tebing Barat dan dua juta lagi di Genting Gaza diberikan vaksin tersebut.

Sementara itu, gerakan Hamas yang mentadbir wilayah Gaza dikatakan enggan berkerjasama secara terbuka dengan Israel dalam sebarang usaha program vaksinasi. - AFP


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!