X

Kindly register in order to view this article
!

Tular ratusan ikan pari terdampar di pantai

Ikan pari yang terdampar di Pantai Sungai Kajang yang tular di Facebook sejak Sabtu.
A
A

TANJONG KARANG - Ratusan ikan pari terdampar di Pantai Sungai Kajang di sini masih menjadi tanda tanya selepas rakaman video kejadian itu tular di Facebook pada Sabtu.

Menerusi status dimuat naik sebuah laman Facebook memaklumkan, terdapat banyak ikan pari terdampar di pantai berkenaan.

Bagaimanapun, masih belum ada kepastian mengenai perkara itu.

"Ada sesiapa (nelayan di kawasan Pantai Sungai Kajang) boleh sahkan?," kata pentadbir laman Facebook berkenaan.

Menerusi ruangan komen juga, terdapat video turut dimuat naik memaparkan beberapa nelayan yang berada di dalam bot mengangkat ikan pari naik ke jeti nelayan.

Seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama Ainul Haziq memberitahu, ikan pari itu tidak terdampar seperti yang tular di media sosial itu.

"Ini cerita semalam. Orang (nelayan) membelat (ikan pari) dapat hasil satu tan dan ia tidak terdampar seperti yang sedia maklum," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan lanjut daripada Jabatan Perikanan Selangor berhubung perkara itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!