Polis serbu pusat panggilan kegiatan ah long

Antara barangan dan peralatan dirampas yang digunakan di beberapa pusat panggilan kegiatan ah long di beberapa lokasi sekitar Gelang Patah dan Johor Bahru pada Jumaat.
Antara barangan dan peralatan dirampas yang digunakan di beberapa pusat panggilan kegiatan ah long di beberapa lokasi sekitar Gelang Patah dan Johor Bahru pada Jumaat.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor melakukan serbuan dan pemeriksaan menerusi Ops Vulture di beberapa lokasi di Bukit Indah, Gelang Patah dan Ulu Tiram di sini pada Jumaat bagi membanteras kegiatan pinjam wang tanpa lesen atau ah long.

Ketua JSJK Johor, Asisten Komisioner Mohd Salleh Abdullah berkata, menerusi serbuan pada jam 8.30 pagi pihaknya menahan dua wanita tempatan yang berusia 19 dan 28 tahun.

"Pihak polis merampas peralatan yang digunakan untuk berhubung dan menawarkan pinjaman kepada mangsa. Antara peralatan yang dirampas tiga set komputer, 236 buah telefon bimbit pelbagai jenama, modem dan mesin perakam waktu kehadiran pekerja.

"Menerusi rampasan tersebut, pihak polis percaya lokasi berkenaan dijadikan sebagai pusat panggilan atau 'call centre' kegiatan memberi pinjam wang tanpa lesen," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951 dan jika disabit kesalahan boleh didenda antara RM250,000 hingga RM1 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.
Artikel Berkaitan:


"Elakkan membuat pinjaman daripada pemberi pinjam wang tanpa lesen atau ah long kerana tindakan tersebut memudaratkan hidup anda," katanya.

Katanya, polis Johor meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan pemberi pinjam wang tanpa lesen untuk menyalurkannya kepada Pegawai Risikan Operasi JSJK Johor, Timmy Aheng menerusi talian 019-7773728 atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor 07-2254422.