11 direman disyaki terlibat kegiatan ah long

11 individu termasuk dua wanita direman bagi membantu siasatan selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan ah long di Negeri Sembilan.
11 individu termasuk dua wanita direman bagi membantu siasatan selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan ah long di Negeri Sembilan.
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 11 individu termasuk dua wanita direman bagi membantu siasatan selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan ah long di Negeri Sembilan.

Kesemua individu berusia antara 19 hingga 60 tahun itu kini direman sehari pada Isnin manakala seorang daripada mereka direman tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pemberi pinjaman wang tanpa lesen.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Seremban, Yusna Khadijah Md Yusop selepas membenarkan permohonan reman dibuat oleh Inspektor Nur Fatin Amira Mohamad Yusof pada Isnin.

Menurut sumber, kesemua mereka ditahan secara berasingan di sekitar Negeri Sembilan, Johor dan Kedah dalam 'Ops Vulture' pada Ahad.

Katanya, mereka terdiri daripada eksekutif akaun, pembantu operasi, pekerja am, pembantu kebun dan bekerja sendiri.

Sementara itu Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penahanan reman kesemua individu terbabit.