X

Kindly register in order to view this article
!

Lagi ayam sejuk beku dirampas

Ayam sejuk beku yang dirampas Maqis di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Selasa.
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan membawa masuk keratan ayam sejuk beku seberat 31,200 kilogram dari Thailand yang tidak mematuhi syarat import pada Selasa lalu.

Rampasan tersebut merupakan kali kedua selepas rampasan pertama melibatkan anggaran berat 61,932 kilogram bernilai hampir setengah juta ringgit di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini pada 24 Januari lalu.

Pengarah Maqis Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, rampasan kali kedua tersebut dilakukan di sebuah kontena pada jam 2.20 petang dengan nilai anggaran sebanyak RM187,210.03.

"Hasil pemeriksaan ke dalam kontena tersebut mendapati sebanyak 2,600 kotak keratan ayam sejuk beku yang disusun. Kontena dan ayam sejuk beku itu ditahan untuk tindakan susulan.

"Kesemua ayam sejuk beku itu tidak mematuhi syarat import kerana dipercayai dari pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf dan meragukan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ayam sejuk beku yang dirampas Maqis di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Selasa.
Ayam sejuk beku yang dirampas Maqis di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Selasa.

Lily Rosalind berkata, kegagalan untuk mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama," katanya.

Menurutnya, Maqis sangat komited dalam memastikan isu melibatkan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak dari luar negara dapat diatasi sebaik mungkin.

"Maqis tidak akan memandang mudah terhadap perkara ini dalam memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanah, mikroorganisma dan makanan yang diimport bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!