X

Kindly register in order to view this article
!

Polis buru dua wanita warga Indonesia

Dua suspek wanita yang sedang diburu polis bagi membantu siasatan kes kecurian. - Foto ihsan polis
A
A

HULU TERENGGANU - Polis Hulu Terengganu mengesan dua suspek wanita bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, dua suspek berkenaan dipercayai warga Indonesia.

"Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Hulu Terengganu sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan kami memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat suspek yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan.

Dua suspek wanita yang sedang dikesan polis bagi membantu siasatan kes kecurian. - Foto ihsan polis
Dua suspek wanita yang sedang dikesan polis bagi membantu siasatan kes kecurian. - Foto ihsan polis

"Sebarang maklumat tentang suspek boleh menghubungi terus pegawai penyiasat kes, Sarjan Rezza ditalian 013-6777128 atau salurkan kepada balai polis yang berdekatan," katanya.

Mohd Adli turut mengingatkan kepada semua masyarakat terutama pemilik kedai emas supaya berhati-hati dan sentiasa peka dengan trend kejadian jenayah yang dilakukan oleh suspek.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!