142 individu ingkar kuarantin di rumah

Seramai 5,730 individu telah menjalani proses kuarantin di rumah di Johor sehingga kini. Gambar hiasan.
Seramai 5,730 individu telah menjalani proses kuarantin di rumah di Johor sehingga kini. Gambar hiasan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 5,730 individu telah menjalani proses kuarantin di rumah di negeri ini sehingga ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, daripada jumlah itu, seramai 3,406 individu telah diperiksa.

"Jumlah kumulatif individu yang dikenakan tindakan kerana ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah bermula 29 Januari 2020 ialah seramai 142 orang.

"Selain itu jumlah keseluruhan tangkapan bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi tempoh 18 Mac lalu hingga Selasa melibatkan 4,772 orang," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 3,752 individu telah dituduh di mahkamah sepanjang tempoh berkenaan manakala 44 dikenakan kompaun pada Selasa.

Vidyananthan turut memaklumkan terdapat pertambahan satu kes kematian Covid-19 dilaporkan pada Selasa di negeri ini.

"Mangsa merupakan lelaki berumur 84 tahun, warganegara tempatan yang tidak mempunyai sebarang latar belakang penyakit. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Johor sebanyak 66 kes,.

"Pada Selasa, Johor mencatatkan 516 kes baharu positif Covid-19 iaitu 174 kes daripada kluster sedia ada manakala 57 kes daripada kluster baharu.

Artikel Berkaitan:

Menurut Vidyananthan, terdapat dua kluster baharu iaitu Kluster Platinum dan Kluster Jalan Padi Mahsuri.

"Sebanyak 125 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19, 160 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

"Sehingga hari ini (Rabu), kes positif Covid-19 di Johor yang melibatkan warganegara sebanyak 10,283 kes manakala kes positif Covid-19 yang melibatkan bukan warganegara sebanyak 6,993 kes," ujarnya.