X

Kindly register in order to view this article
!

Muhammad Sanusi gagal zahir imej MB untuk semua kaum

Gambar kecil: Aizuddin
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor gagal menzahirkan imej sebagai menteri besar untuk semua kaum dengan membatalkan cuti peristiwa Thaipusam pada 28 Januari depan.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Aizuddin Ariffin menyifatkan, keputusan Muhammad Sanusi itu menyerlahkan dirinya sebagai pemimpin rasis.

Beliau yang juga Timbalan Ketua AMK Kedah turut berpendapat Muhammad Sanusi gagal memahami resam silang budaya, bangsa dan agama dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

"Selain itu, langkah ini dilihat terkebelakang dalam tadbir urus kerajaan negeri Kedah dan boleh membawa kepada ketidakstabilan ekonomi dan menggugat keharmonian.

ARTIKEL BERKAITAN: Batal cuti Thaipusam bukan nafi hak, kata Muhammad Sanusi

Keputusan Kedah membatalkan cuti Thaipusam dianggap berat sebelah

Kembalikan cuti Thaipusam kepada pekerja: MTUC

"Slogan 'Kedah Sejahtera Nikmat untuk Semua' yang digunakan pentadbiran Sanusi hanya retorik dan untuk mendapatkan keuntungan politik semata-mata," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, walaupun kerajaan negeri mempunyai hak prerogatif dalam menentukan cuti peristiwa namun cuti peristiwa Thaipusam dilaksanakan sebelum ini mendapat perkenan Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Sultan Kedah pada ketika itu.

Menurutnya, beliau tertanya di mana suara Pemuda Pas dengan pendekatan Muhammad Sanusi kerana mereka lantang menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menderhaka hanya kerana memohon ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik pengisytiharan darurat dan memohon persidangan Parlimen.

Sehubungan itu, Aizuddin berkata, pihaknya menggesa Menteri Besar Kedah dapat mengembalikan cuti peristiwa Thaipusam ini yang tidak diumumkan kerajaan negeri baru-baru ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!