X

Kindly register in order to view this article
!

Pekerja restoran maut langgar babi hutan

Mangsa terbabas selepas dipercayai terlanggar babi hutan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja pada Ahad. Foto Ihsan PDRM
A
A

TAPAH - Seorang pekerja restoran makanan segera maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar babi hutan di KM59 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 12.05 tengah malam itu, Muhammad Rasidi Shamsuddin, 35, meninggal dunia akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Naza dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Desa Damai, Bidor dari tempat kerja.

Babi hutan turut ditemui berhampiran. Foto Ihsan PDRM
Babi hutan turut ditemui berhampiran. Foto Ihsan PDRM

Menurutnya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila mangsa terlanggar haiwan liar terbabit sebelum terbabas.

“Hasil siasatan awal, apabila mangsa sampai di tempat kejadian telah melanggar seekor binatang yang dipercayai khinzir.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah bagaimanapun, telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans yang tiba,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Wan Azharuddin berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat.

“Motosikal mangsa ditahan bagi tujuan pemeriksaan Puspakom san kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!