Lelaki ditemui mati terapung selepas enam hari tidak balik rumah

Mangsa ditemui terapung di sungai di Kampung Kuang Buang, Mukim Lesong Lesong, Pokok Sena pada pagi Sabtu.
Mangsa ditemui terapung di sungai di Kampung Kuang Buang, Mukim Lesong Lesong, Pokok Sena pada pagi Sabtu.
A
A
A

POKOK SENA - Seorang penganggur yang tidak pulang ke rumahnya sejak Isnin lalu ditemui mati terapung di sungai di Kampung Kuang Buang, Mukim Lesong Lesong, Pokok Sena, pada pagi Sabtu.

Ketua Polis daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima panggilan Malaysia Emergency Response System (MERS) 999 kira-kira jam 8.54 pagi berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa telah beberapa hari lemas dalam air.

"Selain siasatan awal yang dilakukan, anggota polis juga turut menemubual waris dan didapati si mati tidak balik ke rumah sejak Isnin lalu.

"Mayat telah diarahkan untuk 'postmortem' bagi mengetahui punca sebenar kematian dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk tindakan susulan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah Ahmad Shukri, mayat mangsa diserahkan ke Bahagian Forensik HSB dan masih menunggu laporan keputusan ujian saringan Covid-19 untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: