Guru rugi RM27,550 ditipu 'pegawai polis'

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUANTAN - Seorang guru wanita membuat laporan polis pada Jumaat mendakwa kerugian RM27,550 akibat diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Mangsa berusia 58 tahun telah dihubungi 'pegawai' berkenaan ketika berada di sebuah sekolah di Raub, 20 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa dijerat dengan helah salah satu akaun bank atas namanya kini dalam siasatan polis kerana telah digunakan untuk kegiatan pengubahan wang haram.

Menurutnya, mangsa diarah menyerahkan semua maklumat akaun banknya bersama nombor kod pengesahan transaksi (TAC) kepada pegawai berkenaan untuk proses siasatan dan dia berbuat demikian.

"Selepas maklumat tersebut diserahkan, mangsa membuat semakan ke atas baki simpanan dua akaun banknya pada Jumaat dan mendapati berlaku pemindahan wang ke akaun lain yang tidak dikenali," katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.

Mohd Wazir berkata, mangsa mendapati baki simpanan dalam akaun bank pertama berkurangan RM11,000 manakala RM16,550 dari akuan bank kedua turut lesap.

"Susulan kejadian, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Raub kerana syak telah ditipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: