X

Kindly register in order to view this article
!

Lebih 12,400 penerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech masih dijangkiti

Dos tunggal vaksin tersebut didapati kurang berkesan berbanding jangkaan dibuat Pfizer sebelum ini. - Foto: Agensi
A
A

TEL AVIV - Lebih 12,400 individu di Israel dilaporkan dijangkiti Covid-19 selepas diberikan dos suntikan vaksin dihasilkan Pfizer-BioNTech.

Media tempatan melaporkan perkara itu diketahui berdasarkan ujian dilakukan terhadap 189,000 individu yang menunjukkan 6.6 peratus termasuk 69 penerima dua dos suntikan vaksin tersebut masih positif Covid-19.

Menurut laporan itu, golongan itu menunjukkan kadar jangkitan sama seperti mereka yang tidak menerima suntikan vaksin tersebut.

Awal minggu lalu, Pesuruhjaya Pasukan Petugas Covid-19, Nachman Ash mendakwa dos tunggal vaksin tersebut didapati kurang berkesan berbanding jangkaan dibuat Pfizer sebelum ini yang mendakwa keberkesanannya adalah pada kadar kira-kira 52 peratus.

Sementara itu, Presiden Persatuan Industri Vaksin China, Feng Duojia berkata, terdapat kemungkinan penerima vaksin telah dijangkiti virus itu sebelum tubuh mereka menghasilkan tindak balas imun.

"Fungsi vaksinasi adalah untuk mengurangkan kadar jangkitan atau mencegah penerima daripada mendapat simptom serius. Kebiasaannya, tubuh mengambil tempoh selama 14 hari untuk membina imuniti yang berkesan," jelasnya. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!