X

Kindly register in order to view this article
!

Guna kit ujian RTK-Ag lebih cepat, murah: Dr Dzulkefly

Dr Dzulkefly Ahmad
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan kerajaan menggunakan kit ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) untuk tujuan diagnosis ekoran peningkatan gelombang ketiga wabak Covid-19.

Menurutnya, dengan kadar positif dijangkakan tidak kurang lima peratus oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia perlu meningkatkan kapasiti ujian sehingga 200,000 sehari dengan menggunakan kit ujian RTK-Ag yang lebih cepat dan murah.

Bagaimanapun, beliau mendakwa kerajaan gagal berbuat demikian kerana masih menggunakan teknik Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang mengambil masa lebih dua hari untuk mendapat keputusan ujian.

“Namun @KKMPutrajaya masih tidak mendapat mesej besar kita. Dengan 4000 kes setiap hari, Malaysia perlu meningkatkan ujian.

"Mengikut kadar positif kes oleh WHO tidak kurang 5 peratus, kita perlu melakukan 200,000 ujian. Bolehkah teknik PCR lakukan sebanyak itu?

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 1 juta kit ujian pantas Covid-19 digunakan

“Bolehkah @KKMPutrajaya buat 200,000 ujian PCR? Tak boleh, dan tak akan boleh sebab kita sedang buat ujian pengawasan dan bukannya diagnosis klinikal. Kita memerlukan RTK-Antigen yang cepat dan murah,” ciap Ahli Parlimen Kuala Selangor di laman Tweetnya pada Jumaat.

Dr Dzulkefly berkata, dengan kit ujian pantas RTK-Ag, orang ramai boleh memperoleh keputusan pada hari sama berbanding keputusan dapat diperoleh hanya selepas tiga hari dengan menggunakan RT-PCR.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!