X

Kindly register in order to view this article
!

SKMM tingkat jaringan internet di Kampung Banggol Pak Esah

Azrin (tiga dari kanan) bersama Abdul Mubin (kiri) menunjukkan perkhidmatan Unifi Fiber Optik berkelajuan tinggi untuk kemudahan pelajar di Kampung Banggol Pak Esah sepanjang tempoh PdPR berlangsung.
A
A

PASIR PUTEH - 'Derita' pelajar di Kampung Banggol Pak Esah, di sini yang berdepan masalah internet untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan pandemik Covid-19 bakal berakhir.

Ia berikutan Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan meningkatkan jaringan internet menerusi perkhidmatan Unifi Fiber Optik berkelajuan tinggi untuk kemudahan sepanjang tempoh PdPR berlangsung.

Bukan itu sahaja, pembinaan sebuah menara telekomunikasi sementara cukup menggembirakan penduduk, Azrin Mohamad, 42, yang sebelum ini mengambil inisiatif memasang antena bagi meningkatkan lagi liputan perkhidmatan internet di itu.

Azrin juga berharap penyelesaian segera itu dapat mengelakkan pelajar di kawasan tersebut terlepas sesi PdPR.

"Saya tidak rela anak-anak pelajar di Kampung Banggol Pak Esah tercicir dalam pembelajaran kerana ia amat merugikan mereka.

"Terima kasih kepada SKMM Kelantan yang memberi respon membantu menyelesaikan masalah ini," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Terdahulu, Azrin menerima kunjungan dari Pengarah SKMM Kelantan, Abdul Mubin Mohd Zain.

Menurutnya, penduduk setempat turut menyambut baik pembinaan menara tersebut.

Menara tersebut difahamkan akan dibina dalam masa terdekat dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan.

Azrin berkata, dengan adanya jaringan itu penduduk dapat menikmati perhubungan lebih baik selepas ini.

Sinar Harian 22 Januari lalu melaporkan, seorang penduduk sanggup memasang antena menggunakan duit poket demi membantu pelajar di Kampung Banggol Pak Esah mengikuti PdPR sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN: Pasang antena guna duit poket demi pelajar di kampung


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!