Pasang antena guna duit poket demi pelajar di kampung

Azrin sanggup mengeluarkan duit poket sendiri dengan mendirikan antena bagi membantu meningkatkan capaian internet di Kampung Banggol Pak Esah bagi membolehkan pelajar - pelajar di kawasan itu mengikuti pembelajaran secara dalam dengan lebih mudah. (Username' dan 'password' ditampal pada tiang antena bagi membolehkan penduduk menggunakan kemudahan itu secara percuma.)

A
A
A

PASIR PUTEH - Penggal baharu persekolahan yang bermula pada Rabu masih mengekalkan kaedah pembelajaran secara dalam talian ekoran penularan pandemik Covid-19 yang semakin serius sehingga memaksa kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Situasi berkenaan memberi kesan kepada pelajar di kawasan luar bandar yang berdepan dengan capaian internet rendah sekali gus merencatkan kelancaran operasi pembelajaran mereka.

Bagi mengatasi masalah itu, seorang penduduk dari Kampung Banggol Pak Esah di sini sanggup mengeluarkan duit poket sendiri dengan mendirikan antena bagi membantu meningkatkan capaian internet di kawasan berkenaan bagi membolehkan pelajar di kawasan itu mengikuti pembelajaran dengan lebih mudah.

Azrin Mohamad, 42, berkata, inisiatif tersebut diambil bagi mengelakkan hampir 1,000 pelajar di kawasan berkenaan terlepas mengikuti sesi persekolahan secara dalam talian bagi penggal baharu tahun ini yang bermula pada Rabu.

"Usahkan capaian internet, talian telefon pun susah hendak dapat di kawasan ini sehingga ada penduduk terpaksa keluar ke tempat lain untuk mendapatkan akses itu.

Adam Darwish (tengah) bersama rakan-rakannya teruja dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian di musim Covid-19 dengan lancar.
Adam Darwish (tengah) bersama rakan-rakannya teruja dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian di musim Covid-19 dengan lancar.

"Memikirkan masalah itu saya mengambil keputusan mengeluarkan wang sebanyak RM2,500 bagi menyediakan antena ini," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, dia sudah mengemukakan aduan secara berterusan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung masalah itu, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

Artikel Berkaitan:

"Semua 'username' dan 'password' saya telah tampal pada tiang antena itu bagi membolehkan penduduk menggunakan kemudahan itu secara percuma.

"Seramai 50 orang boleh menggunakan akses tersebut dalam satu-satu masa," katanya.

Menurutnya, dia menggunakan perkhidmatan jalur lebar yang berkapasiti tinggi untuk memudahkan lebih ramai menikmati kemudahan itu.

Seorang murid, Adam Darwish Zuradinata, 10, berkata, dia teruja dapat menikmati kemudahan itu yang membantu proses pembelajaran secara 'online' di musim Covid-19.

"Sebelum ini saya sukar untuk menyiapkan kerja sekolah kerana memerlukan capaian internet yang tinggi.

"Melalui kemudahan ini saya dan rakan-rakan dapat mengikuti pembelajaran dengan lancar," kata murid Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Pak Esah.

Sementara itu, warga emas, Mohamad Nor Zakaria, 72, mengakui lega kerana adanya kemudahan itu.

Mohamad dan isterinya, Rahimah mohamad, 62, menggunakan panggilan video untuk berhubung dengan anak dan cucu sepanjang PKP untuk melepaskan rindu dan mengelakkan kebimbangan mereka.
Mohamad dan isterinya, Rahimah mohamad, 62, menggunakan panggilan video untuk berhubung dengan anak dan cucu sepanjang PKP untuk melepaskan rindu dan mengelakkan kebimbangan mereka.

"Cucu suka menggunakan panggilan video untuk berhubung. Bila susah nak dapat capaian internet maka sukarlah untuk saya dan isteri berhubung dengan mereka yang tinggal jauh dan tidak boleh merentas negeri kerana PKP.

"Tapi kemudahan ini membolehkan kami berhubung sekali gus melepaskan rindu dan bimbang apabila berjauhan," katanya.