X

Kindly register in order to view this article
!

Kecuaian manusia membawa padah

A
A

PASTI ada yang masih teringat kepintaran David Caruso dalam aksi CSI: Miami. Bergerak ke sana sini dengan Hummer H2 untuk menangkap penjenayah berdasarkan bukti forensik.

Segala data kaedah saintifik seperti balistik, ujian darah dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) serta rekod digunakan di mahkamah disimpan dengan baik. Bukti forensik boleh membantu membuktikan bersalah atau tidak bersalah seseorang suspek. Ia juga boleh digunakan untuk menghubungkan jenayah yang dianggap saling berkaitan.

Namun, apakah yang bakal terjadi sekiranya semua rekod berkaitan bukti forensik dan jenayah hilang daripada simpanan komputer akibat digodam pihak tidak bertanggungjawab. Itulah yang berlaku kepada Pejabat Dalam Negeri Britain dan Pusat Komputer Kebangsaan (PNC) Polis Britain.

Lebih 400,000 rekod jenayah seperti maklumat cap jari, fail DNA, sejarah penangkapan dan maklumat visa disimpan dalam pelayan keselamatan tertinggi PNC hilang untuk selama-lamanya. PNC percaya 'kehilangan’ rekod itu kemungkinan disebabkan dipadam secara tidak sengaja pihak tertentu.

Laporan Daily Mail seminggu lalu menyebut kemungkinan 213,000 rekod kesalahan, 175,000 rekod penangkapan dan 15,000 rekod orang berpotensi melakukan jenayah dihapuskan daripada sistem. Naveed Malik yang mengetuai kerja Majlis Ketua Polis Nasional (NPCC) tentang PNC melaporkan sekitar 26,000 rekod DNA berkaitan 21,710 orang berpotensi dihapuskan secara tidak sengaja bersama 30,000 rekod cap jari dan 600 rekod subjek.

Wujud kemungkinan catatan DNA yang dihapuskan termasuk rekod sebelumnya ditandai sebagai penahanan tanpa batas setelah disabitkan kesala-han serius’. Laporan itu menyatakan sistem PNC telah diakses lebih 600 juta kali setahun oleh pegawai tertentu sahaja bagi tujuan mendapatkan maklumat sokongan siasatan tempatan, serantau dan nasional.

Kajian penulis turut mendapati Pejabat Dalam Negeri Britain mempunyai sejumlah 4,204 kes insiden kehilangan data antara tahun 2019 dan 2020.

Penulis mendapati berdasarkan laporan akhbar, kerugian data utama lain dialami kerajaan termasuk 25 juta individu cakera data dan 7.25 juta kes keluarga menuntut faedah anak termasuk nama, alamat, tarikh lahir dan butiran bank pada tahun 2007.

Pentadbiran

Timbul persoalan, adakah kehilangan rekod jenayah boleh menjejaskan perjalanan pentadbiran sesebuah negara dan individu? Apa akan terjadi kepada individu yang ingin memulakan hidup baharu tetapi rekod tertera ada kes jenayah angkara kesilapan manusia?

Jelas sekali, manusia sebenarnya bersifat baharu. Yang kekal hanya ALLAH SWT. Perkara itu ditegaskan dalam surah Al-Qiyaamah (75:13-15) bermaksud: “Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya. Bahkan (anggota) manusia itu menjadi saksi terhadap dirinya sendiri meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya (untuk membela diri).”

Penulis berharap insiden seperti itu tidak berlaku di Malaysia. Wujud satu mitos, kononnya Malaysia adalah antara lokasi transit paling digemari scammer antarabangsa, keldai dadah dan keldai wang. Buktinya, kumpulan Macau Scam masih bermaharajalela di Malaysia.

Kedudukan geografi dan keunikan masyarakat majmuk di Malaysia digemari orang luar untuk mencari rezeki 'hujan emas’ di negara ini. Sudah semestinya Malaysia terdedah kepada ancaman penjenayah dan penggodam.

Penulis mencadangkan agar kerajaan memperkukuhkan sistem data raya (big data) dan keselamatan siber. Kepakaran jurutera dan pakar teknologi maklumat (IT) tempatan harus diperaku.

Kejayaan Malaysia Airport Berhad (MAB) membangun dan melaksanakan sistem teknologi pengecaman wajah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kua-la Lumpur (KLIA) sebagai pengesahan biometrik sepanjang lawatan pelancong di Malaysia adalah satu kejayaan besar kepada negara. Ia bukti Malaysia memiliki ramai jurutera dan pakar IT bertaraf dunia.

* Profesor Madya Ir Dr Muhidin Arifin ialah Pengarah Institut Sukan Kejuruteraan Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!