Bekas Ahli Parlimen bergelar Datuk ditahan SPRM

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas Ahli Parlimen bergelar Datuk di Johor berhubung dua kes suapan wang ringgit dan sebidang tanah bernilai kira-kira RM230,000, hari ini.

Menurut sumber, lelaki yang berusia 56 tahun tersebut telah ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 12.40 tengah hari dan berkemungkinan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru esok.

Difahamkan, bekas Ahli Parlimen berkenaan telah menggunakan jawatannya semasa menjawat jawatan Ahli Lembaga Pengarah Felda dengan mengambil tindakan mengesyorkan dan meluluskan pelantikan sebuah syarikat pencetakan yang disyaki beliau mempunyai kepentingan bagi kerja kerja penerbitan Akhbar 1Suara di Felda dari tahun 2012 hingga 2015 yang dianggarkan bernilai lebih RM13 juta.

“Sebagai balasan, pada tahun 2013, beliau telah menerima suapan wang ringgit bernilai RM50,000 pada dan pada 2014, beliau telah menerima sebidang tanah di Mukim Kota Tinggi, Johor bernilai kira-kira RM180,000,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan bekas Ahli Parlimen itu akan menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: