Menteri Perpaduan Negara positif Covid-19
Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan hari ini memberitahu, sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan, Halimah akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementerian berjalan lancar.
"Datuk Halimah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf atas segala kesulitan dan masalah yang timbul akibat perkembangan ini," menurut kenyataan itu.
Halimah menjalani ujian saringan Covid-19 semalam dan disahkan positif oleh KKM hari ini. - Bernama