X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Angka korban global rekod 1.99 juta

Angka korban akibat Covid-19 terus meningkat setiap hari. - Foto BBC
A
A

ANGKA kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini direkodkan pada Jumaat sebanyak 1,991,530 kes dengan jumlah keseluruhan 93,018,040 kes positif melibatkan 191 buah negara.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat masih kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 388,159 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 207,095 kes, sementara India dan Mexico pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian, iaitu masing-masing dengan 151,727 dan 136,917.

Sementara negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran dan Sepanyol.

Bagi negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Colombia, Argentina, Jerman, Peru dan Afrika Selatan.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

Data Johns Hopkins University merekodkan korban global sebanyak 1.99 juta kes.
Data Johns Hopkins University merekodkan korban global sebanyak 1.99 juta kes.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!