INix peroleh akses pembekalan vaksin Covid-19 dari China

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Inix Technologies Holdings Bhd (INix) memperoleh akses pembekalan vaksin Covid-19 daripada tiga buah syarikat dari China.

Tiga pembekal iNix untuk vaksin Covid-19 itu ialah Sinovac Biotech Co Ltd, Cansino Biologics Inc dan Sinopharm China National Biotech Group Co Ltd (CNBG).

Susulan itu, iNix telah menyerahkan permohonannya kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) kelmarin bagi tujuan pembekalan vaksin berkenaan.

Inix dalam kenyataan medianya berkata, pendaftaran iNnix dengan NPRA sangat penting untuk pengedaran vaksin di Malaysia.

"Kerajaan Malaysia harus memastikan bahawa hanya vaksin yang memenuhi syarat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan didaftarkan dan digunakan di negara ini.

"Proses penilaian ini dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Produk NPRA dan pihak berkuasa kawalan ubat untuk kelulusan sebelum vaksin Covid-19 dapat digunakan di Malaysia," kata kenyataan itu pada Rabu.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk mencapai imuniti kelompok sebanyak 60 hingga 70 peratus atau 20 hingga 30 peratus populasi Malaysia perlu diberikan vaksin Covid-19.

Buat masa ini, kerajaan telah menandatangani perjanjian awal dengan fasiliti Covax, Pfizer dan AstraZeneca untuk perolehan vaksin Covid-19 untuk mendapatkan jaminan bekalan vaksin sebanyak 40 peratus liputan populasi.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan juga sedang dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan jaminan bekalan vaksin bertambah melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta

"Sebaik sahaja iNix mendapat persetujuan daripada KKM, iNix boleh mengimport dan membekalkan vaksin terbabit serta melakukan Percubaan Klinikal Fasa 3 di mana ia akan ditaja sepenuhnya oleh Inix sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat," kata Inix.

Tambah iNix lagi, percubaan klinikal pertama di Malaysia ini dijangka melibatkan kira-kira 3,000 sukarelawan.