PM hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan San Choo, Wisma MCA, di sini.
Ketibaan beliau disambut Presiden MCA, Datuk Seri IR Dr Wee Ka Siong.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kehadiran pemimpin utama negara itu menyerlahkan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama masyarakat pelbagai kaum.
Majlis berkenaan berlangsung dalam suasana penuh muhibah dengan kehadiran tetamu yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina
- Ketibaan Anwar disambut oleh Presiden MCA, Datuk Seri IR Dr Wee Ka Siong
- Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
- Kehadiran pemimpin menyerlahkan semangat perpaduan dalam sambutan Tahun Baharu Cina
- Majlis dihadiri tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

