X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Paras Sungai Perak pada tahap membimbangkan

Mohd Zolkafly melihat tanda bacaan Sungai Perak yang menghampiri paras berjaga-jaga ketika lawatannya ke Lembah Kuala Kangsar pada Isnin.
A
A

KUALA KANGSAR - Paras air Sungai Perak di Lembah Kuala Kangsar meningkat menghampiri paras berjaga-jaga berikutan hujan lebat berterusan di kawasan empangan sejak minggu lalu.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, setakat jam 2 petang tadi, paras Sungai Perak berada pada bacaan 32.0 meter iaitu 1 meter menghampiri paras berjaga-jaga 33.1 meter dan 34.6 meter paras bahaya.

Menurutnya, sebagai langkah awal, kerajaan negeri telah mengarahkan semua agensi berkaitan membuat penyelarasan terutama bagi kemasukan dan pengeluaran air di setiap empangan masing-masing di Temengor, Bersia, Kenering dan Chederoh bagi mengelak berlakunya banjir besar sebagaimana pada 2014 lalu.

"Taburan hujan yang tinggi di sekitar empangan sejak 2 Januari lalu menyebabkan paras air meningkat dengan mendadak.

"Kadar kenaikan paras air ini adalah membimbangkan dan boleh mendatangkan bahaya jika tidak diuruskan dengan segera," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sungai Perak di Dataran Lembah di sini pada Isnin.

Mohd Zolkafly (tiga dari kanan) ketika meninjau keadaan paras air Sungai Perak di Lembah Kuala Kangsar pada Isnin.
Mohd Zolkafly (tiga dari kanan) ketika meninjau keadaan paras air Sungai Perak di Lembah Kuala Kangsar pada Isnin.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Ahmad Munir Ishak dan Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak, Ir Mohd Azhar Abd Rashid.

Mohd Zolkafly berkata, TNB sebelum ini telah melaksanakan pelepasan terkawal di empangan Bersia dan Kenering bagi memastikan paras air di setiap empangan berada pada paras terkawal dan selamat.

Bagaimanapun katanya, pada Sabtu lalu TNB terpaksa meningkatkan kadar pelepasan air di Stesen Janaelektrik Chenderoh sehingga 550 meter padu sesaat (m3/s) berbanding 425 m3/s sebelum ini bagi mengimbangi paras air di empangan Chenderoh dengan jumlah aliran air dari empangan Kenering dan sungai-sungai lain.

"Buat masa ini belum ada kejadian banjir besar dilaporkan berlaku akibat pelepasan air empangan ini, namun TNB dan agensi berkaitan akan berterusan memantau kenaikan paras air di sepanjang Sungai Perak dalam memastikan kesan pelepasan tersebut adalah rendah serta minima," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!