Paras air Empangan Timah Tasoh susut

Empangan Timah Tasoh
Empangan Timah Tasoh
A
A
A

KANGAR - Paras air Empangan Timah Tasoh mengalami penyusutan walaupun berlaku hujan sejak kebelakangan ini, menurut Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Mahidi Mahamood.

Beliau berkata, meskipun hujan boleh dikatakan berlaku setiap hari di Perlis, taburan hujan tidak berlaku di sekitar kawasan tadahan.

"Keadaan ini menyebabkan empangan gagal terisi dan takungan air di Empangan Timah Tasoh mencatatkan penyusutan ke paras 26.94 meter setakat semalam," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Mahidi, untuk mencapai paras takungan normal, Empangan Timah Tasoh perlu menerima sekurang-kurangnya 100 milimeter hujan sehari.

Katanya, pada awal bulan lepas, paras air di empangan itu mencatatkan 27.77 meter, bersamaan kuantiti air 20 juta meter padu. - Bernama