Tok Pa disahkan positif Covid-19

Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, disahkan positif Covid-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan malam Sabtu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) pada Ahad, beliau menjalani ujian saringan Covid-19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi Sabtu.

“Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan pada 10.30 malam tadi untuk pemantauan dan keadaannya stabil.

“Pada 1 Januari 2021 beliau telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya adalah negatif,” kata kenyataan itu pada Ahad.

Dalam masa sama, Mustapa memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada perkara ini dan memohon agar semua pihak berdoa kepada ALLAH SWT moga memudahkan urusan semua.

Artikel Berkaitan: